TEKNOLOGI MAKLUMAT
_____________________________________________________________________________________
 

Pereka Grafik dan Multimedia
Pereka grafik dan multimedia menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep pengkomputeran grafik dan kaedah operasi, dan memberikan nasihat atau terlibat dalam aplikasi praktikalnya.

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) :

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Komputer (Major- Multimedia)

Contoh Institusi

  • Kolej Tunku Abdul Rahman
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaya
  • Universiti Malaysia Sabah

Senarai Tugas

  • Membangunkan kaedah dan instrumen yang ditambah baik, termasuk bahasa komputer, untuk menulis, dokumentasi, dan menyenggara perisian komputer.
  • Menulis spesifikasi pengaturcaraan dan menyediakan laporan teknikal dan manual arahan yang menyatakan kaedah operasi dan penyenggaraan perkakasan komputer dan konfigurasi perisian;
  • Merekabentuk, menulis, menyenggara, dan mengemas kini perisian yang mengawal keseluruhan fungsi komputer dan yang menghubungkan perkakasan dengan perisian aplikasi komputer;
  • Merekabentuk dan melaksanakan rangkaian komunikasi antara pemasangan komputer yang berlainan;
  • Membangunkan dan menyenggara kamus data dan sistem pengurusan pangkalan data untuk memastikan kesahan dan keselamatan data;
  • Menganalisis keperluan pengguna komputer, dengan perundingan, untuk menentukan konfigurasi perkakasan dan perisian keperluan pembangunan dan menyediakan analisis kos-faedah;
  • Menyumbang dan mengikuti perkembangan teknik dan kaedah pengkomputeran, peranti persisian, perisian serta potensi dan hadnya;
  • Menyelidik prinsip dan kaedah operasi komputer dan sistem berasaskan komputer bagi komunikasi dan pemprosesan maklumat, perancangan, reka bentuk, kawalan proses dan pengeluaran, pembangunan, dan penyelenggaraan perisian komputer, serta struktur data dan pangkalan data, algoritma, kepintaran buatan, dan robotik;

Contoh Pekerjaan Lain

  • Pereka bentuk, tipografi
Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Artis Penerbitan Desktop
Artist desktop publishing membentuk jenis skrip dan unsur grafik menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan perisian komputer bagi menghasilkan bahan siap penerbitan

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara