KEWANGAN
_____________________________________________________________________________________
 

Akauntan
Akauntan merancang, mengatur, dan mentadbir sistem perakaunan bagi pertubuhan, syarikat serta individu. Sesetengah pekerjaan yang dikelaskan di sini memeriksa dan menganalisis rekod perakaunan dan kewangan bagi pertubuhan, syarikat serta individu untuk memastikan ketepatan dan pematuhan standard dan prosedur yang ditetapkan.

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 2500- 3500
  • Sektor Swasta (RM) : 3,000 – 4,300

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Contoh Institusi

  • Universiti Malaya
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Darul Iman Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara

Senarai Tugas

  • Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan, dan memberikan nasihat tentang perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan membayar, kebankrapan, pencantuman, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
  • Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan; Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
  • Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun atau badan lain;
  • Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah penjimatan/kawalan kos;
  • Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian.
  • Memberikan nasihat, merancang, dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
  • Menyediakan penyata cukai, memberikan khidmat nasihat tentang masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Perancang Kewangan
Penasihat kewangan dan pelaburan membangunkan rancangan kewangan untuk organisasi berasingan dan melabur serta menguruskan dana pihak organisasi tersebut.

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara