KEWANGAN
_____________________________________________________________________________________
 

Perancang Kewangan
Penasihat kewangan dan pelaburan membangunkan rancangan kewangan untuk organisasi berasingan dan melabur serta menguruskan dana pihak organisasi tersebut.

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 2,500 – 3,500
  • Sektor Swasta (RM) : 3,000 – 4,300

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan

Contoh Institusi

  • Universiti Darul Iman Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Kolej Tunku Abdul Rahman
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia

Senarai Tugas

  • Melabur dana bagi pihak pelanggan organisasi pelaburan dalam pasaran wang dan modal;
  • Mengawasi dan menyelaraskan aktiviti perbendaharaan seperti pertukaran asing, pasaran wang, dan transaksi bon;
  • Menemu duga pelanggan untuk menentukan status dan objektif kewangan, boleh terima risiko, dan maklumat lain yang diperlukan untuk membangunkan rancangan kewangan dan strategi pelaburan;
  • Menganalisis profil kewangan syarikat untuk tujuan membuat cadangan pelaburan;
  • Membangunkan dan mengelolakan pangkalan pelanggan;
  • Mengatur pembelian dan penjualan saham dan bon untuk pelanggan; Memantau prestasi pelaburan dan menyemak semula rancangan pelaburan berdasarkan keperluan yang terubah suai dan perubahan dalam pasaran;

Contoh Pekerjaan Lain

  • Kewangan korporat
  • Penasihat, kewangan dan pelaburan
Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Akauntan
Akauntan merancang, mengatur, dan mentadbir sistem perakaunan bagi pertubuhan, syarikat serta individu. Sesetengah pekerjaan yang dikelaskan di sini memeriksa dan menganalisis rekod perakaunan dan kewangan bagi pertubuhan, syarikat serta individu untuk memastikan ketepatan dan pematuhan standard dan...

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara