PEMASARAN DAN JUALAN
_____________________________________________________________________________________
 

Pengurus Pemasaran
Pengurus jualan dan pemasaran merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti jualan, pemasaran, dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) :

Tahap Pendidikan

  • Ijazah dalam bidang pemasaran

Contoh Institusi

  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Putra Malaysia
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Kolej Tunku Abdul Rahman

Senarai Tugas

  • Mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; Memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos pentadbiran.
  • Merancang, mengarah, serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau organisasi berkenaan;
  • Mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar;
  • Merancang, mentadbir, dan mengkaji perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan;
  • Menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, belanjawan promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas;
  • Merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran;

Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Juruwang Bank
Juruwang dan kerani yang berkaitan berurusan secara terus dengan pelanggan bank atau pejabat pos berhubung dengan menerima, menukar, dan membayar wang, atau menyediakan perkhidmatan Mel.

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara