PEMASARAN DAN JUALAN
_____________________________________________________________________________________
 

Juruwang Bank
Juruwang dan kerani yang berkaitan berurusan secara terus dengan pelanggan bank atau pejabat pos berhubung dengan menerima, menukar, dan membayar wang, atau menyediakan perkhidmatan Mel.

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) :

Tahap Pendidikan

  • Ijazah dalam bidang kewangan

Contoh Institusi

  • Universiti Malaya
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn
  • Kolej Tunku Abdul Rahman

Senarai Tugas

  • Membayar bil dan membuat pindahan wang bagi pihak pelanggan; Mengkredit dan mendebit akaun pelanggan;
  • Memproses deposit tunai dan pengeluaran wang, cek, pemindahan wang, bil, pembayaran kad kredit, kiriman wang, cek diperakui, dan transaksi perbankan lain yang berkaitan untuk pelanggan;
  • Menukar wang daripada satu mata wang kepada mata wang yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pelanggan;
  • Membuat rekod semua transaksi dan menyesuaikannya dengan baki tunai;
  • Menerima mel, menjual setem pos, dan menjalankan urusan kaunter pejabat pos yang lain seperti bayaran bil, pindahan wang, dan urusan yang berkaitan.

Contoh Pekerjaan Lain

  • Kerani, kaunter wang tunai
  • Penukar wang
  • Kerani, pos
  • Pengisih mata wang
  • Juruwang bank
Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Pengurus Pemasaran
Pengurus jualan dan pemasaran merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti jualan, pemasaran, dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara