PERTANIAN DAN PERHUTANAN
_____________________________________________________________________________________
 

Mandor / Penyelia, Estet / Ladang
Penanam tanaman ladang merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai pelbagai jenis tanaman ladang seperti padi dan bijian lain, kelapa sawit, getah,kelapa, ubi, tebu, kacang tanah, tembakau, atau tanaman lain untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 1206 - 1538
  • Sektor Swasta (RM) : 1000 - 1600

Tahap Pendidikan

  • Diploma Pertanian/ Agrikultur
  • Diploma Perhutanan

Contoh Institusi

  • Universiti Pertanian Malaysia
  • Kolej RISDA Melaka

Senarai Tugas

  • Membeli benih, baja, dan bekalan lain;
  • Menentukan jenis dan jumlah tanaman yang hendak ditanam;
  • Menyimpan dan menjalankan beberapa pemprosesan asas terhadap produk ladang;
  • Menyewa atau melabur dalam harta tanah dan memajukan tanah, bangunan, dan jentera;
  • Menjalankan operasi seperti penyediaan tanah, penyemaian, penanaman, penggemburan, dan penuaian tanaman;
  • Menghantar atau memasarkan produk ladang.
  • Menjaga haiwan yang digunakan untuk bekerja dan menyenggara bangunan, jentera, dan kelengkapan ladang;

Contoh Pekerjaan Lain

  • Penyelia, estet/ladang
  • Pembantu, pertanian
  • Inspektor kualiti, estet/ladang
  • Pemuat, estet/ladang
  • Pemeriksa, estet/ladang
Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Penasihat Perdagangan, Perikanan dan Perhutanan
Penasihat perladangan, perhutanan, dan perikanan memberikan bantuan teknikal dan nasihat tentang kaedah dan masalah perladangan dan perhutanan.

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara