KEJURUTERAAN DAN TEKNIKAL
_____________________________________________________________________________________
 

Jurutera Mekanikal
Jurutera mekanikal menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat tentang reka bentuk, mengarah pengeluaran mesin, jentera, loji industri, kelengkapan dan sistem, memberikan nasihat dan mengarah fungsiannya serta menyenggara dan membaik pulih, atau mengkaji dan memberikan nasihat tentang teknologi bahan, produk, atau proses tertentu.

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 2,000 - 5,500
  • Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Kejuruteraan Mekanikal
  • DLKM Tahap 5

Contoh Institusi

  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Malaya
  • CIAST
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn
  • Kolej Tunku Abdul Rahman

Senarai Tugas

  • Memberikan nasihat dan merekabentuk jentera dan perkakas untuk pembuatan, perlombongan, pembinaan, kerja pertanian dan tujuan industri lain;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk motor stim, pembakaran dalaman dan motor bukan elektrik lain serta enjin yang digunakan untuk pendorongan lokomotif kereta api, kenderaan darat, atau pesawat udara, atau untuk pemanduan industri atau jentera lain;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk sistem pendorongan kapal, loji janakuasa, sistem pemanasan dan pengalihudaraan, peralatan kemudi, pam, dan kelengkapan mekanikal lain;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk kerangka pesawat udara, peralatan pendaratan, dan kelengkapan lain untuk pesawat;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk badan kenderaan darat, sistem gantungan, brek, dan komponen lain;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk sistem dan kelengkapan pemanasan, pengalihudaraan, dan penyejukbekuan;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk loji dan kelengkapan mekanikal untuk pelepasan, kawalan, dan penggunaan tenaga nuklear.

Contoh Pekerjaan Lain

  • Jurutera, mekanikal/kuasa nuklear
  • Jurutera, jentera dan peralatan perindustrian
  • Jurutera, mekanikal/instrumen
  • Jurutera, lif
  • Pereka bentuk, kereta bermotor
Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Jurutera Elektronik
Jurutera Elektronik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud , mambangun dan menyelenggara barangan , sistem dan komponen elektronik

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara