KEJURUTERAAN DAN TEKNIKAL
_____________________________________________________________________________________
 

Jurutera Elektronik
Jurutera Elektronik menjalankan penyelidikan dan memberi
nasihat dengan menggunakan pengetahuan saintifik dan
kejuruteraan untuk mewujud , mambangun dan menyelenggara
barangan , sistem dan komponen elektronik

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,200.00 - 2,800.00

Tahap Pendidikan

  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik/Setaraf

Contoh Institusi

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaya
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknologi MARA
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti PUTRA Malaysia
  • CIAST dan ILJTM

Senarai Tugas

  • Memberi nasihat dan membuat kerja-kerja kawalan mutu, memeriksa dan menguji serta memasaang sistem elektronik
  • Memastikan hasil pengeluarannya bermutu tinggi mengikut piawaian keselamatan
  • Memberi nasihat dan mengkaji cadangan reka bentuk , mendraf laporan dan mengemukakan syor tentang reka bentuk, pembangunan dan pembuatan produk dan sistem yang boleh dipasarkan
  • Mereka bentuk dengan menggunakan hasil penyelidikan untuk menghasilkan model produk yang akan dibangunkan dan mengubah suai mengikut keperluan pasaran
  • Membuat penyelidikan serta mereka bentuk proses-proses yang diperlukan untuk pembuatan barangan
  • Menyelia dan menyelaras kerja-kerja juruteknik dalam reka bentuk produk atau pengeluaran
  • Memberi nasihat dan mereka bentuk, membina pelbagai peralatan elektronik dari papan suis hingga kepada perkakas elektronik yang lebih rumit termasuk barangan pengguna seperti komputer persendirian, set televisyen serta komponen barangan elektronik pengguna yang lain
  • Mereka bentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan, hiburan dan lain-lain

Contoh Pekerjaan Lain

  • Jurutera Industri
  • Juruterbang
  • Penyelenggara Dandang
Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Jurutera Mekanikal
Jurutera mekanikal menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat tentang reka bentuk, mengarah pengeluaran mesin, jentera, loji industri, kelengkapan dan sistem, memberikan nasihat dan mengarah fungsiannya serta menyenggara dan membaik pulih, atau mengkaji dan memberikan nasihat tentang teknologi bah...

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara