PENTADBIRAN, PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN
_____________________________________________________________________________________
 

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bertanggungjawab memastikan pemeliharaan standard kesihatan dan persekitaran selain membantu dalam merangka kaedah dan sistem kerja berada dalam keadaan selamat. Mereka juga berperanan mengkaji keberkesanan pelaksanaan program keselamatan kesihatan, membuat kajian semula dasar keselamatan dan kesihatan serta menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan di tempat kerja.

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,500.00 – 2,700.00

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang berkaitan

Contoh Institusi

  • Universiti Malaya
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas

  • Memberi nasihat tentang teknik sanitari sisa industri;
  • Mengumpulkan sampel air untuk menguji tahap pencemaran bagi membuat kajian dan mengumpul data;
  • Menggalakkan langkah pencegahan dan pengawalan seperti kawalan penyakit terhadap organisma pembawa penyakit dan bahan yang memudaratkan, pelupusan sisa industri yang betul untuk mewujudkan persekitaran kerja dan alam sekitar yang selamat;
  • Menganjurkan dan melaksanakan program berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  • Membuat cadangan mengenai langkah-langkah pemulihan yang perlu diambil tentang perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja;
  • Mengaplikasikan prinsip dan amalan higien dan sanitasi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas;
  • Menyiasat sebarang kemalangan, kejadian berbahaya atau keracunan di kalangan pekerja;
  • Memungut, menganalisis dan menyelenggara data statistik yang berkaitan;dan
  • Menyediakan dan mengemukakan laporan.

Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Peguam
Peguam memberikan nasihat undang-undang yang berhubung dengan berbagai-bagai perkara kepada pelanggannya dan membela kes atau menjalankan pendakwaan di mahkamah atau mengarahkan barrister atau peguam bela untuk membela di mahkamah yang lebih tinggi.

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara