TEKNOLOGI MAKLUMAT
_____________________________________________________________________________________
 

Juruanalisis Sistem Komputer
Juruanalisis Sistem Komputer berperanan untuk mengumpul dan menganalisa fakta tentang operasi, prosedur dan sistem bagi memindahkannya kepada bentuk program yang sesuai untuk peralatan pemprosesan data dan mencadangkan penggunaan komputer bagi meningkatkan kecekapan produktiviti dan keuntungan organisasi.

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,500.00 ++

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Komputer/setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Maklumat/Sains Maklumat/setaraf
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Pembangunan Aplikasi-Juruanalisa Sistem)/setaraf

Contoh Institusi

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Malaysia Sabah
  • ILJTM
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/latihan kemahiran awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas

  • Menyediakan spesifikasi program untuk tindakan Pengaturcara Komputer;
  • Menjalankan penyelidikan, menganalisis dan menilai keperluan teknologi maklumat, prosedur atau masalah pelanggan;
  • Membangun, melaksanakan cadangan dan rancangan untuk meningkatkan sistem maklumat semasa atau akan datang;
  • Mengenalpasti, menilai ketidakcekapan dan menganalisis proses, prosedur serta amalan kerja untuk mengoptimumkan prestasi organisasi;
  • Mengatur penyelesaian seperti mencipta, mengambil dan melaksanakan projek ujian sistem;
  • Membangunkan spesifikasi fungsi untuk kegunaan pemaju sistem;
  • Memperluaskan atau meminda sistem bagi meningkatkan aliran kerja untuk perkhidmatan baru dan;
  • Mengkoordinasi dan menghubungkan sistem-sistem komputer antara organisasi untuk mengoptimumkan operasi organisasi.

Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Pereka Grafik dan Multimedia
Pereka grafik dan multimedia menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep pengkomputeran grafik dan kaedah operasi, dan memberikan nasihat atau terlibat dalam aplikasi praktikalnya.

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara