KEJURUTERAAN DAN TEKNIKAL
_____________________________________________________________________________________
 

Jurutera Marin
Jurutera Marin bertanggungjawab ke atas pengurusan, operasi dan penyelenggaraan kapal. Mereka bertugas dalam bidang binaan kapal, bidang penyelidikan maritim, merekabentuk kapal, pembaikan kapal, pemeriksaan dan pemeliharaan kapal, bidang akademik, perundingan atau kerja penyiasatan maritim dan beberapa bidang yang berkaitan dengan maritim.

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,200.00 – 2,800.00

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang berkaitan/setaraf

Contoh Institusi

  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas

  • Menyelenggara, mengawasi dan mengurus limbungan pelabuhan dan perkapalan;
  • Merekabentuk dan mengurus kapal serta yang berkaitan dengannya;
  • Membuat pemeriksaan pada meter dan alat pembaca yang terdapat pada panel kawalan di dalam bilik kawalan;
  • Bertanggungjawab ke atas operasi dan penyelenggaraan mesin janakuasa kapal; dan
  • Memastikan sistem utama kapal atau enjin beroperasi dengan baik.

Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Jurutera Mekanikal
Jurutera mekanikal menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat tentang reka bentuk, mengarah pengeluaran mesin, jentera, loji industri, kelengkapan dan sistem, memberikan nasihat dan mengarah fungsiannya serta menyenggara dan membaik pulih, atau mengkaji dan memberikan nasihat tentang teknologi bah...

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara