|  | | | | | | | PERGURUAN _____________________________________________________________________________________ | | |  | | Kaunselor Kaunselor berperanan untuk membantu seseorang individu belajar membuat pilihan, melaksanakan pilihan yang telah dibuat dan menyelesaikan masalah. Tugas kaunselor meliputi program perkembangan , pencegahan serta pemulihan dalam bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu atau kelompok dan khidmat konsultasi.
| | | | | | | | Anggaran Gaji - Sektor Awam (RM) :
- Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++
| | | Tahap Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi/Kaunseling/setaraf; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Sains Tingkah Laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling/setaraf; atau
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)/setaraf
| | | Contoh Institusi
- Universiti Perguruan Sultan Idris
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Malaya
- Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan
| | | Senarai Tugas
- Mengkaji dan memberi nasihat kepada orang perseorangan tentang peluang pekerjaan, pemilihan kerjaya dan pendidikan atau latihan lanjutan;
- Mengumpul, menyediakan dan menyebarkan maklumat bimbingan dan kaunseling kepada individu atau kumpulan tertentu seperti pelajar sekolah atau pelajar institusi pengajian tinggi melalui media yang sesuai;
- Merancang, melaksanakan dan mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu atau kumpulan secara profesional dan beretika;
- Memberi khidmat nasihat dari segi pemulihan fizikal, emosi dan pembangunan bagi individu-individu yang menghidap penyakit kronik atau mengalami kemalangan dan orang hilang upaya;
- Memberi panduan dalam masalah berkaitan keluarga dan perkahwinan serta mengendalikan kes-kes berkaitan sistem dan terapi kekeluargaan; dan
- Memberi bimbingan kepada pelajar, ibu bapa dan guru berhubung dengan pelbagai perkara termasuk masalah pelajar, kesulitan pembelajaran dan keperluan asas.
| | | Contoh Pekerjaan Lain | | | Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain | | |
| _____________________________________________________________________________________ | | | | | Pensyarah Universiti Profesional perguruan universiti dan pendidikan tinggi mengajar mata pelajaran mereka pada beberapa atau semua peringkat selepas pendidikan menengah tamat, menjalankan penyelidikan dan menambah baik atau membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyedia... | | |
| | | | |
| | | | | | | | | |