|  | | | | | | | PENTADBIRAN, PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN _____________________________________________________________________________________ | | |  | | Pustakawan Pustakawan bertanggungjawab melaksanakan program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan pengguna perpustakaan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan kewangan, penyeliaan dan pengurusan sumber bacaan, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan secara profesional.
| | | | | | | | Anggaran Gaji - Sektor Awam (RM) :
- Sektor Swasta (RM) : 1,900.00 – 2,600.00
| | | Tahap Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) / setaraf
- Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat) /setaraf; atau
| | | Contoh Institusi
- Universiti Teknologi MARA
- Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan
| | | Senarai Tugas
- Menguruskan sistem peminjaman buku antara perpustakaan dan rangkaian maklumat; dan
- Menyelia penyelenggaraan buku dan bahan lain;
- Membantu pengunjung perpustakaan yang ingin mendapatkan maklumat daripada fail manual atau pangkalan data berkomputer di perpustakaan;
- Memilih dan mencadangkan pembelian buku dan bahan bercetak atau rakaman pandang dengar yang lain ;
- Mengelaskan atau menyelia pengelasan, pengindeksan, pengkatalogan, pengedaran bahan perpustakaan dan penyelenggaraan rekod sumber bacaan ilmiah;
- Mengekalkan hubungan dengan perpustakaan dan persatuan perpustakaan yang lain.
| | | Contoh Pekerjaan Lain | | | Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain | | |
| _____________________________________________________________________________________ | | | | | Peguam Peguam memberikan nasihat undang-undang yang berhubung dengan berbagai-bagai perkara kepada pelanggannya dan membela kes atau menjalankan pendakwaan di mahkamah atau mengarahkan barrister atau peguam bela untuk membela di mahkamah yang lebih tinggi.
| | |
| | | | |
| | | | | | | | | |