KEJURUTERAAN DAN TEKNIKAL
_____________________________________________________________________________________
 

Pegawai Bank
Pegawai Bank berurusan dengan pelanggan bank untuk memastikan kehendak pelanggan adalah bertepatan dengan perkhidmatan perbankan yang disediakan. Mereka turut berperanan dalam memeriksa dan memastikan semua urusan perbankan yang berlangsung adalah mengikut piawaian dan prosedur yang ditetapkan supaya proses pengauditan berjalan dengan lancar.

 

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 1,800.00 ++

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Perbankan / setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan / setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan / Perbankan / setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / setaraf

Contoh Institusi

  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Teknologi MARA
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam / swasta berkaitan

Senarai Tugas

  • Mengenalpasti keperluan pelanggan dan memaklumkan dengan lebih lanjut servis perbankan yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak pelanggan;
  • Mengesahkan rekod dan resit-resit serta akaun kredit pelanggan;
  • Menguruskan cek dan wang yang telah dideposit oleh pelanggan;
  • Memeriksa keupayaan dan risiko kredit dalam kertas cadangan sesuatu perniagaan atau individu;
  • Mengawal atur kelancaran transaksi pertukaran mata wang asing mengikut prosedur yang telah ditetapkan;
  • Merekodkan, mengimbangi akaun kredit dan debit setiap transaksi kewangan yang berlaku sebelum akaun ditutup pada akhir sesi perkhidmatan;
  • Membuka atau menutup akaun mengikut permohonan daripada pelanggan; dan
  • Menjawab persoalan dan aduan daripada pelanggan.

Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
_____________________________________________________________________________________

Jurutera Mekanikal
Jurutera mekanikal menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat tentang reka bentuk, mengarah pengeluaran mesin, jentera, loji industri, kelengkapan dan sistem, memberikan nasihat dan mengarah fungsiannya serta menyenggara dan membaik pulih, atau mengkaji dan memberikan nasihat tentang teknologi bah...

 
 
     
 
   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara