FESYEN, SENI DAN REKABENTUK


Pereka Fesyen Pereka Fesyen mengaplikasikan teknik artistik pada produk rekaan, pakaian dan promosi pakaian. Mereka berperanan dalam menentukan pemilihan pakaian yang baik menggunakan tekstur produk yang berkualiti.

Jurugambar Jurugambar mengambil gambar, mengendalikan kamera video dan kelengkapan lain untuk merakam dan menyunting imej.

Pereka Hiasan Dalaman Pereka bentuk dan juruhias dalaman menggunakan teknik seni halus ke atas reka bentuk produk, hiasan dalaman, dan promosi jualan.

Pendandan Rambut Pendandan Rambut menyediakan perkhidmatan kecantikan seperti mencuci, memotong, mewarna dan menggayakan rambut. Selain itu, mereka juga berkemahiran dalam menyediakan perkhidmatan mengurut, merawat kulit kepala, mengenakan mekap, rambut palsu dan penjagaan kuku dan kulit.