Pengguna boleh mendapatkan berbagai-bagai perkhidmatan dengan menghubungi pusat JobsMalaysia Cyberjaya atau mana Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang berhampiran untuk perkhidmatan yang luas mengenai alam pekerjaan.  Antaranya:
________________________________________________________________________________

 
           
JobsMalaysia.gov.my
Portal ini menyediakan perkhidmatan atas talian bagi majikan untuk mendapatkan pekerja dan pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
 
Karnival Pekerjaan
Satu landasan bagi mempertemukan antara majikan dan pekerja untuk membolehkan mereka mendapat calon pekerja dan pekerjaan yang sesuai dengan segera ketika program berlansung.
   
         
  Pengurusan Temuduga Terbuka
Bantuan-bantuan dan kerjasama tertentu diberikan seperti pengurusan pusat temuduga, panggilan calon, promosi menggalakan kehadiran pencari kerja khusus membantu majikan mendapatkan pekerja yang bersesuaian.
 
  Khidmat nasihat /
kaunseling kerjaya
Bimbingan mengenai aktiviti berkaitan pekerjaan seperti teknik berkesan penggunaan portal JobsMalaysia, tatacara menghadiri temuduga, jenis dan tugas pekerjaan yang terdapat dalam Negara dan sebagainya
   
         
Mobiliti
Bantuan pengurusan temuduga, promosi dan perpindahan calon pekerja yang dipilih hingga ke lokasi tempat kerja.
 
Lawatan Promosi
Jalinan hubungan baik antara jabatan dan pengguna khidmat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan; juga penganjuran lawatan pendedahan bakal pekerja ke lokasi pekerjaan untuk menyemarakan minat didalam sesuatu bidang.
   
       
Nasihat perundangan
Akta-akta dibawah bidang kuasa jabatan seperti Akta Kerja 1955, Akta Pampasan Pekerja 1952, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta (Penggajian) Kanak-kanak dan orang Muda 1966 dan lain-lain.
     
 
 

Ceramah /
Dialog Kerjaya

Menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan alam pekerjaan.

   

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara