Kali pertama mengunjungi laman web ini?
Sekiranya mempunyai kemusykilan, anda bolehlah merujuk kepada soalan-soalan lazim yang tersenarai di bawah :

 
     
 
 
 
  1. Dimanakah saya boleh mendapatkan kefahaman tentang pekerjaan-pekerjaan yang terdapat di Negara ini?
    Anda bolehlah merujuk maklumat tersebut di dalam laman web www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_general/masco.faces di bawah tajuk MASCO 2008 VER 2

  2. Sekiranya saya mendapat panggilan temuduga, dimanakah saya boleh merujuk untuk mendapatkan panduan dan nasihat menghadiri temuduga yang berkesan?
    Selain dari melayari laman ini, anda boleh menghubungi atau mengunjungi semua Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran untuk mendapatkan dibantu.

  3. Saya telah mempunyai pekerjaan, bolehkah saya mendaftar lagi di JobsMalaysia?
    Boleh, pendaftar di JobsMalaysia adalah terdiri dari berbagai kategori pencari kerja seperti penganggur ataupun sedang berusaha meningkatkan kerjaya atau ingin menukar kerjaya atau ingin menukar lokasi kerja dan lain-lain.

  4. Perlukah saya menghantar biodata (resume) kepada jabatan tuan untuk memohon jawatan melalui JobsMalaysia?
    Tidak perlu, pemohon hanya di kehendaki mengisi dengan lengkap semua maklumat yang di perlukan dalam borang permohonan. Walaubagaimanapun dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu di bawa semasa temuduga berlansung.

  5. Sekiranya saya telah ditawarkan sesuatu jawatan, bolehkah saya menolak atau enggan menerima tawaran tersebut?
    Anda berhak membuat keputusan samada menerima atau menolak sesuatu tawaran pekerjaan yang dibuat meskipun anda pernah memohon untuk jawatan tersebut.

  6. Saya memiliki Ijazah, bolehkah saya memohon jawatan yang lebih rendah kelayakannya di dalam JobsMalaysia?
    Boleh, JobsMalaysia tidak menghalang tuan memohon jawatan yang lebih rendah dari kelayakan tuan. Sila buat carian yang sesuai dan ambil langkah yang perlu seperti menghubungi majikan berkenaan.

  7. Bagaimanakah saya hendak mengetahui maklumat mengenai Karnival Pekerjaan yang terkini kelolaan jabatan tuan?
    Anda boleh melayari laman web www.jobsmalaysia.gov.my dan merujuk kepada kalendar aktiviti untuk mengetahui jadual Karnival Pekerjaan yang terkini.

  8. Bolehkah saya memohon jawatan di sektor Awam melalui JobsMalaysia?
    Boleh, melalui JobsMalaysia anda boleh memohon di sektor awam dan juga disektor swasta.

  9. Apa itu MOEMC dan apakah peranannya?
    MOEMC ialah singkatan Malaysia Oversea Employment Management Center; dan ia adalah pusat untuk pengurusan rakyat Malaysia yang ingin bekerja ke Luar Negara bertujuan untuk menyelaras penghantaran pekerja ke luar negara serta mengukuhkan perlindungan ke atas masalah dan aduan warganegara yang bekerja di luar negara.

  10. Jika saya berminat untuk bekerja di luar negara, bolehkah saya mendaftar di JobsMalaysia?
    Boleh, diawal maklumat pendaftaran pihak tuan akan ditanyakan tentang minat tuan untuk tujuan tersebut. Sila buat pilihan yang sesuai dan pihak tuan akan dimaklumkan jika terdapat peluang pekerjaan diluar Negara yang bersesuaian.
 
 
     

©2009 JobsMalaysia. Semua Hakcipta Terpelihara