Pakaian

   
  • Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja

    Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.
 
Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk lelaki


Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (tetapi tidak “striking”) dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Walaubagaimanapun, cara berpakaian semasa temuduga ini boleh disesuaikan mengikut etika berpakaian di tempat kerja tersebut. Pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.

 

   


Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap.

 

   


Berambut pendek dan kemas, sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.

 

   


Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.


 

   


Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan “cuff-link”. Pemakaian cincin tidak digalakkan. Pemakaian anting-anting, bertindik dan bertatoo tidak dibenarkan sama sekali.

 



   
Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk perempuan


Memakai pakaian yang sepadan (matching).

 

   


Tidak memakai pakaian yang berwarna terang atau ‘striking’.

 

   


Tidak memakai pakaian seperti lelaki.

 

   


Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.

 

   


Memakai kasut bertumit.



 

   


Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi atau diikat.


 

   


Jangan mewarnakan rambut dengan menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata seperti merah, biru, ungu dan berwarna-warni.


 

   


Jangan memakai aksesori yang berlebihan terutamanya barang kemas.


 

   


Tidak mengenakan solekan dan wangian yang berlebihan.