Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
Bersikap tenang dan tidak gementar;
Jangan menguasai sesi temuduga;
Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;
Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;
Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga;
Di akhir temuduga
Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga;
Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.